Friday 21 June 2013

Ayuh Kita Bersedekah !


Assalamualaikum dan Salam ukhuwah fillah



kalau sebut pasal sedekah,dalam fikiranku tak pernah lupa pesan seorang ustaz semasa di sekolah rendah "kalau kamu rasa kamu kesempitan rezeki,tak cukup duit,harta rasa tak banyak, masa tulah masa paling sesuai untuk bersedekah "

pelik jugak bila dengar ustaz katakan begitu

"kita dah la tak ada duit,nak bagi sedekah pulak ?? abihtu nak makan ape la?"

ayat tu yang bermain dalam fikiran saya ketika itu.ustaz saya menyambung ...

"bila kita tak ada duit ni , sedekah kita paling ikhlas, tidak menunjuk-nunjuk, sebab apa tak tunjuk ?? sebab kita bagi sikit.."

tambah ustaz lagi bukan hanya waktu terhimpit baru nak sedekah tetapi waktu senang pun sangat2 digalakkan bersedekah.sebabnya ustaz kata ..

"kalau kamu sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kamu itu pada masa tersebut.nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki."

owh ok.semua persoalan masa tuh dah terjawab


sahabat2,kita perlu ingat sesiapapun kita,sama ada masig belajar atau sudah bekerja jangan tunggu kita kaya baru mahu bersedekah.tidak perlu sedekah yang banyak,yang penting kita ISTIQOMAH.sekecil mana pun sumbangan kita, ia cukup bermakna kepada si penerima walaupun untuk seketika.


 
tangan yang diatas adalah lebih baik daripada tangan dibawah

Saturday 1 June 2013

Aurat Wanita

                                           
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh merekamelainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anakmereka,
atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atauperempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)
Berikut adalah bahagian-bahagian berkaitan aurat wanita, dan dalil ringkas mengenainya :
1. Bulu Kening       
Menurut riwayat Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)
5. Gigi
Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
tetapi disini ada tamabahan.jika gigi kita itu sehingga membawa kemudaratan kepada kita, kita digalakkan untuk mengikir gigi kita.seperti ejekan dan sebagainya.
6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah SAW:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
disini saya ingin menegaskan gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah SAHAJA bermakna WAJIB bagi kita untuk memakai armguard atau lebih dikenali sebagai sarung lengan
7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (Suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32)
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (An Nur : 31).
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar)
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
"Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Temanku ;Marilah Berjuang !

Duhai teman sejatiku ,
Allah mencipta manusia sama
Dengan sebaik-baik kejadian :

" Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian ." ( Surah al-Tin :4 )

Cuma amalan manusia itu yang berbeza-beza 
Ada yang lalai dengan angan-angan
Ada yang tekun berusaha 
Tentu nasib mereka berlainan 
Kerana Allah Maha Adil sifatNya
Kelalaian dibalas kegagalan 
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala
Kau diberi peluang membuat pilihan
Kau jua yang tanggung natijahnya 



Okey , gud luck . Sekian .. Assalamualaikum !