Friday 21 June 2013

Ayuh Kita Bersedekah !


Assalamualaikum dan Salam ukhuwah fillah



kalau sebut pasal sedekah,dalam fikiranku tak pernah lupa pesan seorang ustaz semasa di sekolah rendah "kalau kamu rasa kamu kesempitan rezeki,tak cukup duit,harta rasa tak banyak, masa tulah masa paling sesuai untuk bersedekah "

pelik jugak bila dengar ustaz katakan begitu

"kita dah la tak ada duit,nak bagi sedekah pulak ?? abihtu nak makan ape la?"

ayat tu yang bermain dalam fikiran saya ketika itu.ustaz saya menyambung ...

"bila kita tak ada duit ni , sedekah kita paling ikhlas, tidak menunjuk-nunjuk, sebab apa tak tunjuk ?? sebab kita bagi sikit.."

tambah ustaz lagi bukan hanya waktu terhimpit baru nak sedekah tetapi waktu senang pun sangat2 digalakkan bersedekah.sebabnya ustaz kata ..

"kalau kamu sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kamu itu pada masa tersebut.nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki."

owh ok.semua persoalan masa tuh dah terjawab


sahabat2,kita perlu ingat sesiapapun kita,sama ada masig belajar atau sudah bekerja jangan tunggu kita kaya baru mahu bersedekah.tidak perlu sedekah yang banyak,yang penting kita ISTIQOMAH.sekecil mana pun sumbangan kita, ia cukup bermakna kepada si penerima walaupun untuk seketika.


 
tangan yang diatas adalah lebih baik daripada tangan dibawah

No comments:

Post a Comment